|
LEFT HANDED
Thursday, 14 February 2013 @ 00:41 | 0 Comment [s]
Hi Assalamualaikum :)
I am left handed! yes! Bila start tulis depan kawan-kawan cikin ann mesti ada keluar perkataan macamni "eh cikin! kau kidal ek?" and me was like "tak lah~" haha dah nampak tulis tangan kiri ann. haha tapi cikin tak kisah pon sebab dah biasa dah. Since 4 tahun lagi. haha start menulis actually. Tu okayy lagi. Ni ada orang cakap kat cikin macam ni tau "Tahu tak orang kidal ni pendek umur tau" Ya Allah, masa tu cikin rasa macam nak cili cili mulut dia. Rasa macam nak masukkan belacan + cili kering + bawak merah + bawang besar + air asam jawa. ha! bagi rasa semuanya. hahaha
Ha.. tapi biarlah. Cikin percaya ajal maut semua di tangan Allah. Tak kisah lah umur kita pendek ke panjang, yang pastinya kita sebagai manusi pasti akan mengadap Allah.
Orang yang left handed ni banyak kelebihan tau sebenarnya. Muahahaha tapi before senaraikan kelebihan kita bagitahu dulu dia punya kekurangan.
Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri muka surat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit. haha masa cikin tulis nota kat sekolah diorang semua cakap cikin tulis peli sebab buku cikin,cikin tulis ikiut garis menegak macam tulisan cina.
KELEBIHAN left hand
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa tapi tulisan cikin tetap buruk kalau tulis tulisan jawi.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah. patut lah cikin minat photography :D HAHAHA
“Adaptability:
· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”
Orang kidal pintar?
Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat Cikin, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja.
p/s: Pintar? kalau belajar pintar lah tak kira lah left- handed ke apa ke. Manusia sama je. Cuma diri kita je tahu macammana nak nilai diri sendiri.
Makan tangan kiri
Cikin kalau makan guna tangan memang pakai tangan kanan tapi kalau sudu tangan kiri. Kadang tok cikin tegur bila cikin masak tangan kiri T_T. Tidak ku pinta lahir di dunia,tidak ku pinta kidal begini~~ haha
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)
So, cikin sebagai orang kidal, makan guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi
Wallahualam.
“only left-handed are in their right minds”
xoxo cikin :)
|
About Me ! |